Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Banyakkan bersyukur.....

Emmm baru-baru ni sewaktu kelas di UKM subjek Ilmu pidato dan debat ana dan sahabat-sahabat kena praktikal untuk bercakap dihadapan audien. kami diberikan tugasan untuk berforum perdana dihadapan kelas. Pada hari tu lah rasanya forum yang paling banyak ana dengar dari pagi sampai ke petang. bermacam-macam ragam yang dapat ana lihat ada yang confident kehadapan, ada yang suara slow je, ada yang malu-malu, ada yang tak kuar suara dan macam-macam lagi.. hinggakan masa tak cukup pun ada sehingga pensyarah terpaksa hadkan masa. kelakar ada, penat pun ada macam-macam ada...... kumpulan ana alhamdulillah kumpulan yang teramai ahli panelnya lebih sorang daripada kumpulan lain2. hmmm dah ramai terpaksalah ramai skit. Tajuknya " Talkin pada yang hidup " emmm bunyi cam best je tapi alhamdulillah settle ana ahli panel pertama bawa bab tentang syukur, ahli panel kedua Fairuz Suhairi bawa cite Masalah Kekeluargaan, Hafiz bawa bab-bab kelemahan ibubapa manakala ahli panel last sekali Muha...

Hiburan sewaktu kepenatan

H ari ini aku rasa penuh kepenatan sejak malam semalam tidak lelap tidur. Penat dengan perjalanan jauh dan bila tengah malam Muhammad al-Fateh anak kedua ku yang baru genap sebulan umurnya menangis. Kesian melihat isteriku yang penat menjaga kedua-dua anakku semasa ketiadaan suami disisi. Zuhayrah Nasrin yang kini berumur dua tahun dua bulan makin petah berkata-kata dan makin ligat ke sana ke mari mungkin inilah menyebabkan isteriku kepenatan pada malam semalam. Aku pun terus memangku anak teruna ku dan membawa keluar bilik dan duduk diruang tamu. Jam 1.35 pagi rupanya dan mata al-fateh tidak menampakkan gaya mengantuk tetapi sebaliknya. Waktu terus berdetik dan berdetik terangguk-angguk kepala ku menahan kepenatan hingga ke jam 3.30 pagi. Mungkin disebabkan perkara ini menyebabkan aku rasa kepenatan seharian pada hari ini. Tapi mataku tidak mengantuk walaupun badanku terasa amat sangat letihnya. Lalu aku buka leptop ku ini dan melayari internet. Satu lagi artikel yang aku jumpa dan me...

Hukum lelaki mendengar nyanyian perempuan

P agi ini aku berada di kajang di rumah sahabatku Solehuddin. dan diawal pagi kami duduk berbincangkan tentang kekalahan Kedah kepada Negeri Sembilan pada malam semalam hinggakan sahabatku ini tidak lena tidur malam tu maklumlah negeri orang tuanya kalah ditangan Skuad Kijang. Sambil-sambil aku melayan kerenahnya aku melayari internet untuk menjenguk Facebook ku. Semasa aku melayari internet aku terjumpa satu artikel ni yang menarik dan boleh kita kongsi bersama. Soalan: Hukum lelaki mendengar nyayian wanita di dalam radio? Jawapan: Prof Dr Syeikh Ahmad as-Syarbadi, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menjawab: Hukum mendengar suara nyanyian wanita adalah bergantung kepada keadaan suara tersebut. Sekiranya suara wanita itu suara yang lemah lembut dan menaikkan syahwat maka hukum nyanyian ini adalah haram. Hukum lelaki mendengarnya pun adalah haram kerana boleh menyebabkan terjebak dalam dosa. Ini juga kerana suara ini boleh menimbulkan godaan kep...

SAmbut Cahaya Mata ini Panduannya...

Mohammad Al- Fateh bin Mohd Khairul dah dicukur rambutnya pada hari ketujuh . Mencukur rambut anak pada hari ketujuh merupakan salah satu perkara sunat yang dilakukan dalam Islam. Hari Pertama Kelahiran Azan dan iqamah Azan hendaklah dilakukan oleh bapa@ahli keluarga terdekat sebaik sahaja bayi dibersihkan selepas dilahirkan . Amalan soleh ini sama sahaja untuk bayi lelaki@perempuan. Caranya :- - pegang bayi dimana kepalanya dipangku oleh tangan kiri dengan menghadap kearah kiblat . - Azankan seperti azan masuk waktu sembahyang ke telinga kananya dahulu . - Kemudian pusingkan bayi dimana kepalanya dipangku pula oleh tangan kanan dan iqamahkan seperti hendak solat ke telinga kirinya - Berdoa untuk kesejahteraan bayi dan pohon dijauhi dari gangguan syaitan Doanya : aku berlindung dengan kalimah - kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan penglihatan yang...