Skip to main content

SAmbut Cahaya Mata ini Panduannya...

Mohammad Al-Fateh bin Mohd Khairul dah dicukur rambutnya pada hari ketujuh. Mencukur rambut anak pada hari ketujuh merupakan salah satu perkara sunat yang dilakukan dalam Islam.


Hari Pertama Kelahiran




Azan dan iqamah
Azan hendaklah dilakukan oleh bapa@ahli keluarga terdekat sebaik sahaja bayi dibersihkan selepas dilahirkan. Amalan soleh ini sama sahaja untuk bayi lelaki@perempuan. Caranya :-




- pegang bayi dimana kepalanya dipangku oleh tangan kiri dengan menghadap kearah kiblat.
- Azankan seperti azan masuk waktu sembahyang ke telinga kananya dahulu.
- Kemudian pusingkan bayi dimana kepalanya dipangku pula oleh tangan kanan dan iqamahkan seperti hendak solat ke telinga kirinya
- Berdoa untuk kesejahteraan bayi dan pohon dijauhi dari gangguan syaitan
Doanya : aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan penglihatan yang jahat lagi membahayakan.

Tahnik
Tahnik atau amalanbelah mulutialah memindahkan sedikit makanan berperasa manis, masin, masam, dan air ke mulut anak yang baru dilahirkan. Ia dilakukan selepas mengalunkan bacaan azan dan iqamah. Fadhilatnya untuk menguatkan otot dibahagian mulut bagi membantunya menyusu. Caranya :-
1) Baca Bismillah dan selawat
2) Suapkan sedikit kurma yang telah dilenyekkan ke dalam mulut bayi.
3) Sapukan sekeping asam gelugor ke lidah bayi.
4) Sapukan sedikit garamhalus ke lidah bayi.
5) Titikkan beberapa titik air zam-zam ke mulut bayi.
6) Disusuli dengan doa keberkatan untuknya.


HARI
KETUJUH

1. Berkhatan
Amalan
berkhatan adalah afdhal jika dilakukan pada hari pertama anak itu dilahirkan baik kepada bayi lelaki atau perempuan.

2. Memberi
nama & mendaftar
Disunatkan memberi nama anak pada hari ke tujuh. Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik. Daftarkan nama anak dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam masa 14 hari.

3. Cukur rambut & bersedekah
Sunat dilakukan pada hari ke tujuh. Amalan ini dilakukan untuk bayi lelaki dan juga perempuan. Caranya ialah :-
- mencukur keseluruhan rambut anak pada hari ke tujuh
- timbang rambut yang telah dicukur
- dapatkan nilaian perak seberat rambut yang telah dicukur dan sedekahkan dalam bentuk wang tunai kepada orang miskin atau fisabilillah.

4. AQIQAH

Aqiqah hukumnya Sunat Muakkad. Ia dilakukan dengan menyembelih haiwan ternakan seperti kambing,biri-biri, atau lembu khususnya pada hari ke tujuh atau sebelum baligh ke atas mereka yang mempunyai kemampuan. Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing atau dua bahagian lembu manakala anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu. Disunatkan menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.

Kepada
bakal-bakal bapa@ibu ataupun yang sudah menjadi Bapa @ ibu, selamat menyambut kehadiran orang baru dalam hidup dan amalkanlah panduan ini. "SeMuAnYa IndAh dAlaM Islam".
dipetik daripada Buku Rekod Bayi Klinik Al-Farabi Kuantan.


Comments

Popular posts from this blog

Kini Salji Tebal Pula Melanda Mangsa Tsunami…

1. Heavy snow falls on a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 2. Rescue workers walk past a destroyed car during heavy snowfall at a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 3. Snow falls over the debris in Sendai, northern Japan Wednesday, March 16, 2011 after Friday’s massive earthquake and tsunami. Kuasa Allah SWT yang menjadikan bencana untuk kita orang yang beriman mengambil hikmah kejadian ini. Jika hati tidak risau akan peringatan Allah ini itu bermakna ada masalah dengan hati kita ini. Renung-renungkan wahai orang yang beriman.........

Cukup Allah Menjadi Saksi....

Kadang-kadang sesuatu yang berlaku itu rasa memang tak logik tetapi benar-benar berlaku. Itu semua ketentuan daripada Allah SWT kepada setiap kita yang bergelar hamba. Di sini penulis ingin berkongsi cerita pelik tetapi benar iaitu Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulluah s.a.w menyebutkan, seorang lelaki daripada bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar.Lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini." Ia menjawab, "Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!" Orang itu berkata, "Datanglah seseorang yang menjamin pinjamanmu." Peminjam itu hanya menjawab: " Cukuplah Allah swt menjaminku." Akhirnya kawan itu pun berkata itu pun berkata , "Engkau benar!" Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam tempoh waktu yang dipersetujui bersama. Setelah lama orang yang berhutang itupun belayar untuk keperluannya. Apabila berlalu tempoh yan...