alhamdulillah 11 Mac yang lalu aku dikurniakan cahaya mata yang kedua. Syukur semuanya selamat Zaujah dan anak lelaki ku sihat dan beratnya 3.56Kg sewaktu dilahirkan... detik-detik yang mendebarkan bagi diri ku pebila orang umah mula sakit-sakit selepas balik makan malam dan mencari barang-barang keperluan anak yang bakal dilahirkan.... memang pada hari tu ( 10 mac 2010) due tapi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin... pulang saja ke rumah zaujah ku mula rasa lain macam. sakit tapi kadang2 je...tak macam anak yang pertama sakitnya lame skit walaupun tak cukup bulan... Alhamdulillah sampai saja di klinik terus masuk ke wad bersalin dan lebih kurang 45 minit ke 1 jam Zaujah ku selamat melahirkan putera sulung kami. emmm namanya Muhammad al-Fateh sempena nama Sultan Muhammad al-Fateh penakluk Konstantinopel... dan nama Sultan ini pula sempena nama Nabi SAW yang diberikan oleh bapanya Sultan Murad. Sultan Muhammad Al-Fateh ini merupakan Pemimpin yang baik dan mempunyai tentera da...