Skip to main content

Cahaya mata - Putera untuk ku...


alhamdulillah 11 Mac yang lalu aku dikurniakan cahaya mata yang kedua. Syukur semuanya selamat Zaujah dan anak lelaki ku sihat dan beratnya 3.56Kg sewaktu dilahirkan... detik-detik yang mendebarkan bagi diri ku pebila orang umah mula sakit-sakit selepas balik makan malam dan mencari barang-barang keperluan anak yang bakal dilahirkan.... memang pada hari tu ( 10 mac 2010) due tapi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin... pulang saja ke rumah zaujah ku mula rasa lain macam. sakit tapi kadang2 je...tak macam anak yang pertama sakitnya lame skit walaupun tak cukup bulan... Alhamdulillah sampai saja di klinik terus masuk ke wad bersalin dan lebih kurang 45 minit ke 1 jam Zaujah ku selamat melahirkan putera sulung kami. emmm namanya Muhammad al-Fateh sempena nama Sultan Muhammad al-Fateh penakluk Konstantinopel... dan nama Sultan ini pula sempena nama Nabi SAW yang diberikan oleh bapanya Sultan Murad. Sultan Muhammad Al-Fateh ini merupakan Pemimpin yang baik dan mempunyai tentera dan Rakyat yang baik. seperti mana Hadis Nabi SAW " Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."
Moga-moga dengan nama ini anakku boleh mencontohinya dan menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang taat kepada perintah Allah SWT dan mengikut Sunnah nabi kita... insya allah. " SeMuAnYa IndAh dAlaM Islam"

Comments

Popular posts from this blog

SAmbut Cahaya Mata ini Panduannya...

Mohammad Al- Fateh bin Mohd Khairul dah dicukur rambutnya pada hari ketujuh . Mencukur rambut anak pada hari ketujuh merupakan salah satu perkara sunat yang dilakukan dalam Islam. Hari Pertama Kelahiran Azan dan iqamah Azan hendaklah dilakukan oleh bapa@ahli keluarga terdekat sebaik sahaja bayi dibersihkan selepas dilahirkan . Amalan soleh ini sama sahaja untuk bayi lelaki@perempuan. Caranya :- - pegang bayi dimana kepalanya dipangku oleh tangan kiri dengan menghadap kearah kiblat . - Azankan seperti azan masuk waktu sembahyang ke telinga kananya dahulu . - Kemudian pusingkan bayi dimana kepalanya dipangku pula oleh tangan kanan dan iqamahkan seperti hendak solat ke telinga kirinya - Berdoa untuk kesejahteraan bayi dan pohon dijauhi dari gangguan syaitan Doanya : aku berlindung dengan kalimah - kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan penglihatan yang...

Kini Salji Tebal Pula Melanda Mangsa Tsunami…

1. Heavy snow falls on a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 2. Rescue workers walk past a destroyed car during heavy snowfall at a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 3. Snow falls over the debris in Sendai, northern Japan Wednesday, March 16, 2011 after Friday’s massive earthquake and tsunami. Kuasa Allah SWT yang menjadikan bencana untuk kita orang yang beriman mengambil hikmah kejadian ini. Jika hati tidak risau akan peringatan Allah ini itu bermakna ada masalah dengan hati kita ini. Renung-renungkan wahai orang yang beriman.........

Cukup Allah Menjadi Saksi....

Kadang-kadang sesuatu yang berlaku itu rasa memang tak logik tetapi benar-benar berlaku. Itu semua ketentuan daripada Allah SWT kepada setiap kita yang bergelar hamba. Di sini penulis ingin berkongsi cerita pelik tetapi benar iaitu Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulluah s.a.w menyebutkan, seorang lelaki daripada bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar.Lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini." Ia menjawab, "Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!" Orang itu berkata, "Datanglah seseorang yang menjamin pinjamanmu." Peminjam itu hanya menjawab: " Cukuplah Allah swt menjaminku." Akhirnya kawan itu pun berkata itu pun berkata , "Engkau benar!" Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam tempoh waktu yang dipersetujui bersama. Setelah lama orang yang berhutang itupun belayar untuk keperluannya. Apabila berlalu tempoh yan...