H ari ini aku rasa penuh kepenatan sejak malam semalam tidak lelap tidur. Penat dengan perjalanan jauh dan bila tengah malam Muhammad al-Fateh anak kedua ku yang baru genap sebulan umurnya menangis. Kesian melihat isteriku yang penat menjaga kedua-dua anakku semasa ketiadaan suami disisi. Zuhayrah Nasrin yang kini berumur dua tahun dua bulan makin petah berkata-kata dan makin ligat ke sana ke mari mungkin inilah menyebabkan isteriku kepenatan pada malam semalam. Aku pun terus memangku anak teruna ku dan membawa keluar bilik dan duduk diruang tamu. Jam 1.35 pagi rupanya dan mata al-fateh tidak menampakkan gaya mengantuk tetapi sebaliknya. Waktu terus berdetik dan berdetik terangguk-angguk kepala ku menahan kepenatan hingga ke jam 3.30 pagi. Mungkin disebabkan perkara ini menyebabkan aku rasa kepenatan seharian pada hari ini. Tapi mataku tidak mengantuk walaupun badanku terasa amat sangat letihnya. Lalu aku buka leptop ku ini dan melayari internet. Satu lagi artikel yang aku jumpa dan me...