Firman Allah Taala dalam Surah al-Qaff ayat 12 hingga 14 yang bermaksud : " Sebelum kamu, kaum Nuh, penduduk Ras dan Thamud telah mendustakan ( rasul-rasul ). Dan ( demikian juga ) kaum Aad, kaum Firaun dan kaum Lut dan ( juga ) penduduk Aikah serta kaum Tubba'. Semuanya telah mendustakan rasul-rasul, maka berlakulah ancaman-Ku (atas mereka ). " KAUM NABI NUH Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun. Namun, yang beriman hanya sekitar 80 orang. kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuklah anak serta isteri baginda. KAUM NABI HUD Nabi Hud alaihi salam diutuskan untuk kaum Aad. Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah datangkan angin taufan dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga binasa seluruh kaum Aad. KAUM THAMUD Nabi Salleh diutuskan kepada kaum Thamud. Baginda telah diberi mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan k...