Skip to main content

Kaum-kaum yang pupus




Firman Allah Taala dalam Surah al-Qaff
ayat 12 hingga 14 yang bermaksud :

" Sebelum kamu, kaum Nuh, penduduk Ras dan Thamud telah mendustakan ( rasul-rasul ). Dan ( demikian juga ) kaum Aad, kaum Firaun dan kaum Lut dan ( juga ) penduduk Aikah serta kaum Tubba'. Semuanya telah mendustakan rasul-rasul, maka berlakulah ancaman-Ku (atas mereka ). "


KAUM NABI NUH

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun. Namun, yang beriman hanya sekitar 80 orang. kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuklah anak serta isteri baginda.


KAUM NABI HUD

Nabi Hud alaihi salam diutuskan untuk kaum Aad. Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah datangkan angin taufan dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga binasa seluruh kaum Aad.


KAUM THAMUD


Nabi Salleh diutuskan kepada kaum Thamud. Baginda telah diberi mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah Taala. Malangnya kaum Thamud yang ingkar telah membunuh unta betina tersebut. Azab yang dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan daripada malaikat Jibrail yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.


KAUM SADUM

Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji yakni perbuatan homoseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Lut yang diutuskan kepada mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda dua malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu Nabi Lut. Dengan bermula satu getaran, kemudian gempa bumi yang kuat dan disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil, menghancurkan serta-merta kota Sadum beserta semua penghuninya.



KAUM MADYAN

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Mereka menyembah "Aikah", yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu-menipu merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehinggakan yang kaya menjadi kaya dan yang lemah semakin melarat hidupnya.

Nabi Syuaib berusaha menyeru kaumnya, namun mereka ingkar. Diturunkan Allah ke atas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanasan membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan ke atas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan yang dasyat, sementara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati bertimbunan.


FIRAUN DAN BANI ISRAIL

Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutus untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh malah mengakui dirinya Tuhan. Nabi Musa bersama orang yang beriman diarahkan Allah melarikan diri merentasi Laut Mati yang terbelah. Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka ditenggelamkan oleh laut yang tertingkup.


ASHABUS SABT

Segolongan dari kaum Bani Israil yang fasiq di Kota Eliah. Mereka telah melanggar larangan Allah Taala supaya tidak menangkap ikan pada hari sabtu kerana ia khusus untuk beribadat. Allah menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut. Tanpa menghiraukan larangan Allah, mereka telah melakukan helah untuk mengangkap ikan tersebut. Lalu Allah telah melaknat mereka menjadi kera yang hina .


ASHABUL RASS

Rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk sebuah kampung yang terletak di daerah Thamud. Diutuskan seorang nabi yang bernama Hanzalah bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuhnya dan dicampakkan ke dalam tenaga. Allah Taala telah membinasakan penduduk kampung ini dengan kamarau yang dahsyat, hinggakan kaum ini lenyap dari muka bumi.


KAUM TUBBA'

Tubba' adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya kafir sehingga melampaui batas, maka Allah Taala binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba' menjadi gelaran kepada raja-raja Yaman.

inilah bebebrapa kaum yang telah dijadikan oleh Allah untuk kita mengetahui kisah mereka dan balasan kejahatan yang mereka lakukan. Bersyukur kita semua umat Nabi Muhammad SAW.......

Comments

Popular posts from this blog

SAmbut Cahaya Mata ini Panduannya...

Mohammad Al- Fateh bin Mohd Khairul dah dicukur rambutnya pada hari ketujuh . Mencukur rambut anak pada hari ketujuh merupakan salah satu perkara sunat yang dilakukan dalam Islam. Hari Pertama Kelahiran Azan dan iqamah Azan hendaklah dilakukan oleh bapa@ahli keluarga terdekat sebaik sahaja bayi dibersihkan selepas dilahirkan . Amalan soleh ini sama sahaja untuk bayi lelaki@perempuan. Caranya :- - pegang bayi dimana kepalanya dipangku oleh tangan kiri dengan menghadap kearah kiblat . - Azankan seperti azan masuk waktu sembahyang ke telinga kananya dahulu . - Kemudian pusingkan bayi dimana kepalanya dipangku pula oleh tangan kanan dan iqamahkan seperti hendak solat ke telinga kirinya - Berdoa untuk kesejahteraan bayi dan pohon dijauhi dari gangguan syaitan Doanya : aku berlindung dengan kalimah - kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan penglihatan yang...

Kini Salji Tebal Pula Melanda Mangsa Tsunami…

1. Heavy snow falls on a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 2. Rescue workers walk past a destroyed car during heavy snowfall at a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 3. Snow falls over the debris in Sendai, northern Japan Wednesday, March 16, 2011 after Friday’s massive earthquake and tsunami. Kuasa Allah SWT yang menjadikan bencana untuk kita orang yang beriman mengambil hikmah kejadian ini. Jika hati tidak risau akan peringatan Allah ini itu bermakna ada masalah dengan hati kita ini. Renung-renungkan wahai orang yang beriman.........

Cukup Allah Menjadi Saksi....

Kadang-kadang sesuatu yang berlaku itu rasa memang tak logik tetapi benar-benar berlaku. Itu semua ketentuan daripada Allah SWT kepada setiap kita yang bergelar hamba. Di sini penulis ingin berkongsi cerita pelik tetapi benar iaitu Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulluah s.a.w menyebutkan, seorang lelaki daripada bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar.Lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini." Ia menjawab, "Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!" Orang itu berkata, "Datanglah seseorang yang menjamin pinjamanmu." Peminjam itu hanya menjawab: " Cukuplah Allah swt menjaminku." Akhirnya kawan itu pun berkata itu pun berkata , "Engkau benar!" Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam tempoh waktu yang dipersetujui bersama. Setelah lama orang yang berhutang itupun belayar untuk keperluannya. Apabila berlalu tempoh yan...