Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Bukan semua ku tahu... Gerhana oh gerhana.....

Sewaktu perjalanan menghantar isteri tercinta ke sekolahnya pagi ini, juruhebah Radio IKIM.FM iaitu DJ Pian dan Siti bercerita tentang kejadian gerhana bulan akan terjadi malam ini. Katanya lagi Masjid negara sedang membuat persiapan untuk para jemaah bersolat sunat gerhana bulan ini yang akan bermula jam 3.00 pagi. Teringat kembali akan surat yang dikirimkan oleh pejabat Agama Islam daerah yang mengarahkan agar masjid di sekitar Kuantan untuk melakukan solat sunat gerhana ini. Emmm... Solat sunat gerhana bulan bermain difikiranku. "Macam mana ek solat sunat ni?" perkataan ini yang terlintas difikiranku ini. Hampir lapan tahun duduk bekerja dibahagian masjid namun belum pernah sekali pun aku melakukan solat sunat gerhana ini. Banyak solat sunat lain yang aku lakukan sama ada solat sunat hajat, taubat, Tahajjud, witir dan sebagainya namun solat sunat gerhana bulan mahupun matahari ni masih belum sekali pun aku dirikan. Ternyata pada hari ini 16 Jun 2011 satu fenomena gerhana b...