Skip to main content

Bukan semua ku tahu... Gerhana oh gerhana.....


Sewaktu perjalanan menghantar isteri tercinta ke sekolahnya pagi ini, juruhebah Radio IKIM.FM iaitu DJ Pian dan Siti bercerita tentang kejadian gerhana bulan akan terjadi malam ini. Katanya lagi Masjid negara sedang membuat persiapan untuk para jemaah bersolat sunat gerhana bulan ini yang akan bermula jam 3.00 pagi. Teringat kembali akan surat yang dikirimkan oleh pejabat Agama Islam daerah yang mengarahkan agar masjid di sekitar Kuantan untuk melakukan solat sunat gerhana ini. Emmm... Solat sunat gerhana bulan bermain difikiranku. "Macam mana ek solat sunat ni?" perkataan ini yang terlintas difikiranku ini. Hampir lapan tahun duduk bekerja dibahagian masjid namun belum pernah sekali pun aku melakukan solat sunat gerhana ini. Banyak solat sunat lain yang aku lakukan sama ada solat sunat hajat, taubat, Tahajjud, witir dan sebagainya namun solat sunat gerhana bulan mahupun matahari ni masih belum sekali pun aku dirikan.

Ternyata pada hari ini 16 Jun 2011 satu fenomena gerhana bulan akan berlaku sekitar jam 1.25 pagi hingga 5.02 pagi merupakan satu peluang untuk diriku melaksanakan solat sunat ini.Manakala maklumat yang didapati daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) melaporkan bahawa pada jam 3.21 pagi ini hingga 5.02 pagi ini akan berlaku gerhana bulan penuh yang berlatar belakangkan Bima Sakti.


Gambar ini menunjukkan kedudukan bumi, bulan dan mastahari sewaktu fenomena kejadian gerhana bulan berlaku.

Dari pagi lagi aku tercari-cari kafiat solat sunat gerhana ini dan bertanyakan kepada sahabat-sahabat yang mengetahui cara solat sunat ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan ilmu dengan mempermudahkan hambanya ini.

Di sini akan dikongsikan bersama cara-cara melakukan solat sunat gerhana iaitu ia merupakan solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya gerhana bulan. Samada ianya gerhana sedikit, separuh atau gerhana penuh, untuk beberapa saat atau beberapa ketika yang lama.

Waktu melakukan solat gerhana bulan ialah apabila berlakunya gerhana itu sehingga hilang sepenuhnya. Atau sehingga bulan nampak sempurna kembali. Gerhana bulan terjadi apabila bumi menghalang bulan daripada mendapatkan cahaya pantulannya daripada matahari, samada secara penuh atau sedikit. Gambaran di atas menunjukkan gerhana bulan penuh kerana bumi menghalang sepenuhnya cahara matahari daripada terpancar kepermukaan bulan.

Cara melakukan solat sunat gerhana :

Pertama : Solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.

Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.

Dengan demikian, solat gerhana bulan itu semuanya ada empat rukuk, empat kali bacaan Al-Fatihah, empat sujud dan satu salam.

Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana bulan dinyaringkan. Hal ini berbeza dengan solat gerhana matahari yang hanya disunatkan memperlahankan bacaan surahnya dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang. Setelah itu khatib akan naik berkhutbah di mimbar. Umat Islam digalakkan untuk meningkatkan atau mengejar lebih banyak untuk melakukan ibadah. Perkara inilah yang dilakukan oleh Rasulluah SAW sewaktu terjadinya fenomena ini di zamannya. Dalam sirah juga ada menceritakan bahawa Umat Islam digalakkan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat gerhana sambil memohon petunjuk ketika melihat kebesaran Allah s.w.t ini.

"Pada zaman Rasullah s.a.w, kebetulan berlaku gerhana ketika kematian anak lelakinya Ibrahim dan umat Islam mendakwa matahari ikut bersedih dengan peristiwa itu. Maka, Rasulullah s.a.w menolak pandangan itu lalu menggantikannya dengan solat gerhana dengan bersabda bahawa hal itu tiada kena-mengena dengan kelahiran dan kematian seseorang maka apabila kamu melihat gerhana itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang dan hilang gerhana tersebut,"

Mengikut kepercayaan jahiliah, apabila berlaku gerhana matahari atau bulan, mereka beranggapan bahawa berlakunya kematian seseorang yang besar dan mulia. Inilah pendapat yang disangkalkan oleh Banginda Rasulluah SAW dengan melakukan ibadah solat sunat ini dan perkara yang dianggap kepercayaan jahiliah itu tidak benar sama sekali.

Melihat kembali kepada fenomena gerhana bulan ini ia wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Inilah kehebatan Allah SWT yang diperlihatkan dengan kuasa yang maha agung kepada kita semua sebagai hambanya.Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segala-galanya samaada dilangit dan di bumi pada bila-bila masay yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada' dan Qadar.

Comments

Popular posts from this blog

SAmbut Cahaya Mata ini Panduannya...

Mohammad Al- Fateh bin Mohd Khairul dah dicukur rambutnya pada hari ketujuh . Mencukur rambut anak pada hari ketujuh merupakan salah satu perkara sunat yang dilakukan dalam Islam. Hari Pertama Kelahiran Azan dan iqamah Azan hendaklah dilakukan oleh bapa@ahli keluarga terdekat sebaik sahaja bayi dibersihkan selepas dilahirkan . Amalan soleh ini sama sahaja untuk bayi lelaki@perempuan. Caranya :- - pegang bayi dimana kepalanya dipangku oleh tangan kiri dengan menghadap kearah kiblat . - Azankan seperti azan masuk waktu sembahyang ke telinga kananya dahulu . - Kemudian pusingkan bayi dimana kepalanya dipangku pula oleh tangan kanan dan iqamahkan seperti hendak solat ke telinga kirinya - Berdoa untuk kesejahteraan bayi dan pohon dijauhi dari gangguan syaitan Doanya : aku berlindung dengan kalimah - kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan penglihatan yang...

Kini Salji Tebal Pula Melanda Mangsa Tsunami…

1. Heavy snow falls on a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 2. Rescue workers walk past a destroyed car during heavy snowfall at a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 3. Snow falls over the debris in Sendai, northern Japan Wednesday, March 16, 2011 after Friday’s massive earthquake and tsunami. Kuasa Allah SWT yang menjadikan bencana untuk kita orang yang beriman mengambil hikmah kejadian ini. Jika hati tidak risau akan peringatan Allah ini itu bermakna ada masalah dengan hati kita ini. Renung-renungkan wahai orang yang beriman.........

Cukup Allah Menjadi Saksi....

Kadang-kadang sesuatu yang berlaku itu rasa memang tak logik tetapi benar-benar berlaku. Itu semua ketentuan daripada Allah SWT kepada setiap kita yang bergelar hamba. Di sini penulis ingin berkongsi cerita pelik tetapi benar iaitu Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulluah s.a.w menyebutkan, seorang lelaki daripada bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar.Lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini." Ia menjawab, "Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!" Orang itu berkata, "Datanglah seseorang yang menjamin pinjamanmu." Peminjam itu hanya menjawab: " Cukuplah Allah swt menjaminku." Akhirnya kawan itu pun berkata itu pun berkata , "Engkau benar!" Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam tempoh waktu yang dipersetujui bersama. Setelah lama orang yang berhutang itupun belayar untuk keperluannya. Apabila berlalu tempoh yan...