
Kadang-kadang sesuatu yang berlaku itu rasa memang tak logik tetapi benar-benar berlaku. Itu semua ketentuan daripada Allah SWT kepada setiap kita yang bergelar hamba. Di sini penulis ingin berkongsi cerita pelik tetapi benar iaitu Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulluah s.a.w menyebutkan, seorang lelaki daripada bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar.Lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini."
Ia menjawab, "Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!" Orang itu berkata, "Datanglah seseorang yang menjamin pinjamanmu." Peminjam itu hanya menjawab: " Cukuplah Allah swt menjaminku." Akhirnya kawan itu pun berkata itu pun berkata , "Engkau benar!"
Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam tempoh waktu yang dipersetujui bersama. Setelah lama orang yang berhutang itupun belayar untuk keperluannya. Apabila berlalu tempoh yang dijanjikan, dia berusaha mencari yang dapat menghantarnya pulang untuk menjelaskan hutangnya itu, namun gagal.
Akhirnya dia mengambil sebatang kayu lantas menebuk lubang padanya, dan memasukkan wang 1000 dinar di dalamnya beserta surat kepada kawan yang memberikan pinjaman itu. Lalu ia meratakan kembali kayu itu dan memperbaiki keadaannya.
Kemudian dia pergi ke laut seraya berkata :" Ya Allah, sesungguhnya engkau telah mengetahui bahawa aku telah meminjam wnag daripada sahabatku sebanyak 1000 dinar.Dia meminta kepadaku seorang penjamin maka aku katakan 'Cukuplah Allah sebagai penjamin'.Dan dia memintadaripadaku saksi,maka aku katakan juga 'Cukuplah Allah sebagai saksi'. Kemudian dia berpuas hatidan yakin dengan janjiku. Aku telah berusaha mencari kapal untuk mengirimkan kepadanya wang yang aku pinjam itu tetapiaku tidak dapat kapal menghantarku pulang.Kerana itu aku kirimkan wang itu kepada-Mu." Lalu dia melemparkan kayu itu ke laut dan pulang.
Sahabat yang memberi hutang itu keluar menunggu ketibaan sahabatnya sepertimana yang dijanjikan. Dia pun pergi ke tepi laut, untuk meninjau-ninjau kalau ada kapal yang baru tiba. Di tepi pantai, dia menemui sebatang kayu yang terdampar. Dia mengambil kayu itu untuk keperluan isterinya. Di Rumah, ketika ia membelah kayu itu, didapati di dalamnya berisi sepucuk surat dan wang. Selang beberapa hari, sahabat yang berhutang itu tiba dengan membawa 1000 dinar.Diamencari sahabat yang memberi hutang dan berkata :"Demi Allah, baru hari ini aku dapat mencari kapal membawaku pulang setelah sekian lama berusaha."
Sahabat yang memberikan hutang itu berkata "Bukankah engkau telah mengirimkan wang itu melalui sesuatu?" Dia menjawab:"memang aku ada mengirimkan berita memberitahumu bahawa aku tidak dapat pulang sebelum ini." Sahabat yang memberikan hutang itu berkata "Sesungguhnya Allah telah menunaikan apa yang engkau kirimkan melalui kayu itu.Bawalah wang 1000 dinarmu kembali, moga Allah melimpahimu dengan keberkatan."
Daripada kisah ini, dapat kita simpulkan sebagai pengajaran untuk kita bersama antaranya Islam membenarkan menentukan masa membayar hutang untuk dibayar dalam jangka waktu tertentu. Dari kisah ini juga kita dianjurkan untuk sentiasa bertawakal kepada Allah dalam segala urusan dan keadaan serta dianjurkan untuk mencontohi sifat-sifat baik seperti jujur,amanah, menepati janji, berasa takut kepada Allah dan berasa sentiasa berada dalam pengawasan-Nya.
Dalam berhutang kita dianjurkan agar berhutang yang dibuat dicatat dan ditandatangani dihadapan saksi. Ada tempoh jangka masa waktu untuk membayar balik pinjaman serta amanah,jujur, menepati janji merupakan sifat baik yang mesti ada di dalam setiap diri kita yang bergelar Islam.
Dalam kisah ini juga, kita dapat lihat kisah para wali Allah. Karamah yang diberikan kepadanya bagaimana kayu yang berisi wang emas dihanyutkan dilaut boleh sampai selamat ke tangan yang berhak menerimanya. Tanpa hilang atau jatuh ke tangan orang lain? ini merupakan peristiwa aneh, yang bukan secara kebetulan, namun dengan izin Allah SWT jua.
Jadi setiap perkara yang kita lakukan hendaklah semuanya bertawakal kepada Allah SWT dalam urusan seharian kita. Insya allah.....
Comments