Skip to main content

Isu Sebat pada Kartika.



artikel ini ditulis oleh jasniusm
dalam blognya http://jasniusm.wordpress.com/ pada August 27, 2009

Saya merasakan isu ini penting sebenarnya untuk kita walaupun kes ini dah berlaku beberapa tahun lepas, kerana ia melibatkan bidang kuasa mahkamah Syariah dan undang-undang syariah negeri yang telah menimbulkan isu hangat pada masa itu. artikel ini cukup menerangkan kita tentang isu ini. Selamat mmbaca.

"Pada hari ini, isu yang paling panas rasanya ialah isu hukuman sebatan yang dijatuhkan oleh Hakim Abdul Rahman Yunus kerana kesalahan Kartika meminum arak. Menariknya dalam isu ini, ia menjadi ‘hangat dan panas’ bukan kerana perbuatan meminum arak itu, tapi kerana hukuman 6 sebatan itu. Seolah-olah hukuman itu menampakkan zalim dan kejam ke atas wanita. Sedangkan jika diperhatikan, hukuman ini selaras dengan peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, iaitu mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Tindakan ‘ngauman’ ini menunjukkan campurtangan yang jelas dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia. Nampaknya, sekali lagi pihak terlibat khususnya daripada sebelah sivil tidak memahami tujuan pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa hakim untuk menjatuhkan hukuman sepatutnya tidak dipertikaikan. Ini boleh membawa kepada penghinaan kepada Mahkamah. Tetapi kerana kes berlaku di Mahkamah Syariah, maka isu penghinaan ini tidak ditimbulkan langsung. Jika nak dihitung, Mahkamah Syariah hanya memiliki bidangkuasa yang sangat kecil di mana hakim-hakimnya hanya boleh menjatuhkan hukuman sehingga maksimum penjara 3 tahun, denda RM5000 dan sebatan 6 kali. Itu sahaja. Bidangkuasa ini bukan sahaja tidak menyamai hukuman jenayah dalam Islam, malah sangat kecil berbanding kuasa Mahkamah Majistret. Ini memperlihatkan ‘pelik’nya isu yang sedang hangat kini.

Suara-suara yang menentang kebanyakan muncul daripada kalangan pemimpin politik. Tidak diketahui sama ada mereka kasihan pada Kartika, atau mereka takut pada 6 sebatan tersebut. Yang pasti, Islam melarang keras sifat belas kasihan dalam menjatuhkan hukuman dan ke atas hukuman yang diputuskan (Surah al-Nur: 52). Apatah lagi jika takut pada hukuman yang tidak seberapa itu. All in all, apa nak jadi dengan sesetengah pemimpin kita pada hari ini? Mudah menggelabah pada persepsi dunia luar. Hukuman ini jelas berpandukan pada undang-undang yang diluluskan oleh Tuanku al-Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Sepatutnya perkara ini tidak menimbulkan persoalan, melainkan ada pemimpin politik yang berada dalam Dewan Undangan Negeri dulu tidak menyangka peruntukan ini tidak sepatutnya ‘dimasukkan’. Jika demikian, kenapa tidak dibahaskan ketika itu, atau pakai lulus sahaja. Ini isu yang patut dihighlightkan.Walaupun ini adalah kesalahan pertama, hukumannya hanyalah picisan yang tidak menggoyahkan pun daripada hukuman asal. Tabik hurmat pada Kartika yang bersedia menerima hukuman dengan reda dan insaf tanpa cuba menegakkan kekhilafan yang dilakukannya terdahulu. Tapi, ironinya…orang lain pula yang terlebih sudu daripada kuah.

Lagi satu, di mana zalimnya? Jika pengedar dadah tanpa mengira lelaki dan wanita boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, inikan hanya sebatan yang belum tentu bagaimana nak dilaksanakan.Teriakan dan gesaan daripada ‘orang lain’ supaya Kartika merayu juga menunjukkan kejahilan ramai pihak ke atas prosedur dan sifat undang-undang Islam dan kebebasan seseorang mukallaf. Ini belum lagi menyentuh hukuman qisas yang boleh dimaaf. Tentu besar kesannya jika sesebuah wali si mati tidak mahu memaafkan pembunuh anaknya (jika berlaku), kerana pihak-pihak yang tak berkenaan cuba menjadi pembela tak bergaji.

Apa yang penting juga, pendedahan mengenai ketiadaan tukang sebat dan juga ketiadaan jawatankuasa rayuan syariah adalah satu kekurangan yang tidak sepatutnya berlaku. Ia menampakkan keprhatinan yang kurang daripada pihak berkuasa mengenai isu syariah berbanding isu sivil. Ia juga mendedahkan sejauhmana persediaan Kerajaan dalam melaksanakan hukum syariah di Mahkamah Syariah. Sewajarnya setiap pihak berganding bahu dalam mendaulatkan syiar Islam ini yang sudah hampir pupus apabila dunia melihat undang-undang jenayah Islam sebagai kejam. Sebenarnya, itulah tujuan dan hikmah hukuman iaitu kejam agar kesalahan jenayah tidak berulang. At least, bagi support bagi menunjukkan komitmen keislaman kita dalam memerangi maksiat yang berleluasa di luar sana. Malangnya, tidak ramai yang tampil mahu menjadi jaguh sebagaimana para salafussoleh dahulu. Inilah ukuran dan hadiah hari kemerdekaan yang ke 52 yang bakal menyusul beberapa hari lagi, di mana dah lama kita merdeka tetapi sebenarnya tanpa disedari kita masih sangat kuat dijajah oleh minda jahiliyyah. Bagilah peluang kepada pihak Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menyelesaikan isu ini dengan bijaksana, tanpa perlu ada tangan-tangan luar yang cuba mengajar. Kita telah mempunyai pakar dan melantiknya di tempat yang sebenar, tapi pada masa yang sama kita masih cuba memberitahu mereka apa yang sepatutnya mereka buat. Inilah kesilapan kita."

Comments

Popular posts from this blog

SAmbut Cahaya Mata ini Panduannya...

Mohammad Al- Fateh bin Mohd Khairul dah dicukur rambutnya pada hari ketujuh . Mencukur rambut anak pada hari ketujuh merupakan salah satu perkara sunat yang dilakukan dalam Islam. Hari Pertama Kelahiran Azan dan iqamah Azan hendaklah dilakukan oleh bapa@ahli keluarga terdekat sebaik sahaja bayi dibersihkan selepas dilahirkan . Amalan soleh ini sama sahaja untuk bayi lelaki@perempuan. Caranya :- - pegang bayi dimana kepalanya dipangku oleh tangan kiri dengan menghadap kearah kiblat . - Azankan seperti azan masuk waktu sembahyang ke telinga kananya dahulu . - Kemudian pusingkan bayi dimana kepalanya dipangku pula oleh tangan kanan dan iqamahkan seperti hendak solat ke telinga kirinya - Berdoa untuk kesejahteraan bayi dan pohon dijauhi dari gangguan syaitan Doanya : aku berlindung dengan kalimah - kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan penglihatan yang...

Kini Salji Tebal Pula Melanda Mangsa Tsunami…

1. Heavy snow falls on a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 2. Rescue workers walk past a destroyed car during heavy snowfall at a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 3. Snow falls over the debris in Sendai, northern Japan Wednesday, March 16, 2011 after Friday’s massive earthquake and tsunami. Kuasa Allah SWT yang menjadikan bencana untuk kita orang yang beriman mengambil hikmah kejadian ini. Jika hati tidak risau akan peringatan Allah ini itu bermakna ada masalah dengan hati kita ini. Renung-renungkan wahai orang yang beriman.........

Cukup Allah Menjadi Saksi....

Kadang-kadang sesuatu yang berlaku itu rasa memang tak logik tetapi benar-benar berlaku. Itu semua ketentuan daripada Allah SWT kepada setiap kita yang bergelar hamba. Di sini penulis ingin berkongsi cerita pelik tetapi benar iaitu Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulluah s.a.w menyebutkan, seorang lelaki daripada bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar.Lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini." Ia menjawab, "Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!" Orang itu berkata, "Datanglah seseorang yang menjamin pinjamanmu." Peminjam itu hanya menjawab: " Cukuplah Allah swt menjaminku." Akhirnya kawan itu pun berkata itu pun berkata , "Engkau benar!" Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam tempoh waktu yang dipersetujui bersama. Setelah lama orang yang berhutang itupun belayar untuk keperluannya. Apabila berlalu tempoh yan...