Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Isu Sebat pada Kartika.

artikel ini ditulis oleh jasniusm dalam blognya http://jasniusm.wordpress.com/ pada August 27, 2009 Saya merasakan isu ini penting sebenarnya untuk kita walaupun kes ini dah berlaku beberapa tahun lepas, kerana ia melibatkan bidang kuasa mahkamah Syariah dan undang-undang syariah negeri yang telah menimbulkan isu hangat pada masa itu. artikel ini cukup menerangkan kita tentang isu ini. Selamat mmbaca. "Pada hari ini, isu yang paling panas rasanya ialah isu hukuman sebatan yang dijatuhkan oleh Hakim Abdul Rahman Yunus kerana kesalahan Kartika meminum arak. Menariknya dalam isu ini, ia menjadi ‘hangat dan panas’ bukan kerana perbuatan meminum arak itu, tapi kerana hukuman 6 sebatan itu. Seolah-olah hukuman itu menampakkan zalim dan kejam ke atas wanita. Sedangkan jika diperhatikan, hukuman ini selaras dengan peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Paha...

SUAMI DAN FACEBOOK ISTERI

Suami dan facebook isteri http://ilmudanulamak.blogspot.com Soalan : Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah: 1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gamabr, nota, korespondences yang terdapat di dalamnya? 2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan muhrim walaupun atas dasar berkawan? 3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk mejadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan muhrim melalui jaringan social atau email seperti diatas? 4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk ...

Hukum bercumbuan tanpa zina

Soalan: Assalamualaikum..saya nak tanya, apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? Apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua? Saya kurang jelas tentang hal ini.. Jawapan : Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu: Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melai...

Bukan semua ku tahu... Gerhana oh gerhana.....

Sewaktu perjalanan menghantar isteri tercinta ke sekolahnya pagi ini, juruhebah Radio IKIM.FM iaitu DJ Pian dan Siti bercerita tentang kejadian gerhana bulan akan terjadi malam ini. Katanya lagi Masjid negara sedang membuat persiapan untuk para jemaah bersolat sunat gerhana bulan ini yang akan bermula jam 3.00 pagi. Teringat kembali akan surat yang dikirimkan oleh pejabat Agama Islam daerah yang mengarahkan agar masjid di sekitar Kuantan untuk melakukan solat sunat gerhana ini. Emmm... Solat sunat gerhana bulan bermain difikiranku. "Macam mana ek solat sunat ni?" perkataan ini yang terlintas difikiranku ini. Hampir lapan tahun duduk bekerja dibahagian masjid namun belum pernah sekali pun aku melakukan solat sunat gerhana ini. Banyak solat sunat lain yang aku lakukan sama ada solat sunat hajat, taubat, Tahajjud, witir dan sebagainya namun solat sunat gerhana bulan mahupun matahari ni masih belum sekali pun aku dirikan. Ternyata pada hari ini 16 Jun 2011 satu fenomena gerhana b...

Cukup Allah Menjadi Saksi....

Kadang-kadang sesuatu yang berlaku itu rasa memang tak logik tetapi benar-benar berlaku. Itu semua ketentuan daripada Allah SWT kepada setiap kita yang bergelar hamba. Di sini penulis ingin berkongsi cerita pelik tetapi benar iaitu Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulluah s.a.w menyebutkan, seorang lelaki daripada bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar.Lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini." Ia menjawab, "Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!" Orang itu berkata, "Datanglah seseorang yang menjamin pinjamanmu." Peminjam itu hanya menjawab: " Cukuplah Allah swt menjaminku." Akhirnya kawan itu pun berkata itu pun berkata , "Engkau benar!" Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam tempoh waktu yang dipersetujui bersama. Setelah lama orang yang berhutang itupun belayar untuk keperluannya. Apabila berlalu tempoh yan...

Wanita Ahli Surga Dan Ciri-Cirinya

Wanita Ahli Surga Dan Ciri-Cirinya Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Surga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati. Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman : “(Apakah) perumpamaan (penghuni) Surga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air y...

Kaum-kaum yang pupus

Firman Allah Taala dalam Surah al-Qaff ayat 12 hingga 14 yang bermaksud : " Sebelum kamu, kaum Nuh, penduduk Ras dan Thamud telah mendustakan ( rasul-rasul ). Dan ( demikian juga ) kaum Aad, kaum Firaun dan kaum Lut dan ( juga ) penduduk Aikah serta kaum Tubba'. Semuanya telah mendustakan rasul-rasul, maka berlakulah ancaman-Ku (atas mereka ). " KAUM NABI NUH Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun. Namun, yang beriman hanya sekitar 80 orang. kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuklah anak serta isteri baginda. KAUM NABI HUD Nabi Hud alaihi salam diutuskan untuk kaum Aad. Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah datangkan angin taufan dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga binasa seluruh kaum Aad. KAUM THAMUD Nabi Salleh diutuskan kepada kaum Thamud. Baginda telah diberi mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan k...

Kini Salji Tebal Pula Melanda Mangsa Tsunami…

1. Heavy snow falls on a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 2. Rescue workers walk past a destroyed car during heavy snowfall at a factory area devastated by an earthquake and tsunami in Sendai, northern Japan March 16, 2011. 3. Snow falls over the debris in Sendai, northern Japan Wednesday, March 16, 2011 after Friday’s massive earthquake and tsunami. Kuasa Allah SWT yang menjadikan bencana untuk kita orang yang beriman mengambil hikmah kejadian ini. Jika hati tidak risau akan peringatan Allah ini itu bermakna ada masalah dengan hati kita ini. Renung-renungkan wahai orang yang beriman.........

Dah lama tak mencoret di blogku ini...

Dah lama betul tak singgah ke blogku ni sampaikan tak pandai nak log in cam mana... alhamdulillah setelah dicuba beberapa kali akhirnya boleh gak. Memang sudh terlalu lama tidak menulis blog ni. Dah lah memang tak pandai menulis malas pula nak asahkan bakat ni. Apa-apapun hari ni terpanggil pula tuk menjengok blog ini. Semalam dan pagi ni sibuk membaca satu buku yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat iaitu Ust.Riduan Mohd Nor.Beliau juga merupakan seorang penulis buku. banyak buku-buku yang telah ditulis oleh beliau. Buku yang diberikan itu sebenarnya telah lama diberikan tetapi baru nilah aku baca. Rupa-rupanya buku yang dihadiahkan ini adalah satu buku yang banyak pengajaran yang aku dapat pelajari darinya. Terima kasih kepada sahabatku yang menghadiahkan buku ini sehingga mencurah-curah air mata ini terasa kurangnya pengorbananku dalam membantu agama Islam yang kita cintai ini. buku yang dimaksudkan iaitu " Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan". Insya Allah jika b...